Kami mengalu-alukan berita/rencara dari pelawat untuk diterbitkan di dalam laman ini terutama berita/isu tempatan.
Sila email kepada
ictpaspb @ gmail.com
semakan_spr.png

e-Referrer

www.e-referrer.com
mulai 15 Mei 2010

Login Form






Lost Password?

Utama
Adun Titi Serong bersama PAS Kawasan gerakkan program kebajikan

PARIT BUNTAR, 21 Mei : Adun Titi Serong Ust. Abu Bakar Husin akan bersama-sama PAS Kawasan Parit Buntar melaksanakan program-program kebajikan kepada penduduk pelbagai kaum di Parit Buntar.

Ust. Abu Bakar berkata, beliau dan Ahli Parlimen Parit Buntar akan bekerjasama dengan PAS Parit Buntar mengerakkan aktiviti kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar

“ Umum mengetahui, PAS Parit Buntar aktif melaksanakan program kebajikan melalui penetapan agenda kebajikan untuk bergerak dalam masyarakat

“ Program kebajikan PAS Parit Buntar seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik mendapat pujian dan sanjungan dari masyarakat” katanya

Ust. Abu Bakar berkata demikian selepas bersama Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim  menyampaikan bantuan kerusi roda kepada seorang warga emas yang uzur di Parit Tok Ngah , Jalan Baharu di sini.

Read more...
 
Adun Aulong akan bawa masalah longkang kepada MPT
 
Adun akan bawa masalah longkang kepada MPTTAIPING, 21 Mei : Masalah longkang tersumbat dan dipenuhi pasir yang telah lama dialami penduduk khususnya di kawasan Tekkah Permai mendapat perhatian dari Adun Aulong, Leow Thye Yih.

Thye Yih berkata, selepas menerima aduan penduduk berhubung masalah berkenaan, beliau telah melawat tempat berkenaan bagi melihat sendiri masalah yang dihadapi.

Menurutnya, jelas kelihatan aliran air sedikit terganggu oleh pasir yang memenuhi bahagian dalam longkang berkenaan.

Read more...
 
3000 hadiri jamuan kesyukuran PR di Kuala Kurau

PARIT BUNTAR , 20 Mei : Jamuan Kesyukuran kemenangan Pakatan Rakyat yang telah diadakan di perkarangan Markas MTD Kuala Kurau di Batu 14, Kuala Kurau semalam, telah dihadiri tidak kurang dari 3000 orang dari pelbagai bangsa.

Pengarah Markas Tindakan Dun (MTD) Kuala Kurau Abdul Bahrain Desa merakamkan ucapan terma kasih kepada seluruh jentera parti, penyokong dan pendokong terutama para pengundi di Dun Kuala Kurau.

Katanya, kemenangan PAS dalam pilihan raya umum tersebut merupakan satu amanah dan mandat rakyat.

Read more...
 
Sekretariat Dun optimakan peranan Adun PAS Perak

 IPOH, 20 Mei : PAS Perak telah menubuhkan sekretariat Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam usaha mengoptimakan peranan Adun PAS di yang menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Sekretariat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki bersama Ketua Penerangan PAS Perak, Dr Ahmad Nuri sebagai timbalannya.

Ustaz Misbahul berkata, sekretariat tersebut akan memantau segala gerak kerja Adun di kawasan masing-masing disamping memberi idea-idea kepada mereka supaya dapat menjalankan amanah sebaik mungkin.

 “Kami akan menyelaraskan pelbagai program seperti agensi kerajaan dan swasta, menyelaras program turun padang, mengatur sidang akhbar dan sebagainya.

“Kami akan mengoptimakan peranan Adun PAS sebagai wakil rakyat yang berkesan kepada seluruh rakyat Perak,” katanya.
Read more...
 
Bantah laluan alternatif ditutup, Ahli Parlimen cari penyelesaian

Bantah laluan alternatif ditutup

PARIT BUNTAR, 20 Mei : Lebih 50 penduduk Taman Sempadan dan Taman Transkrian, dekat sini mengadakan demonstrasi membantah tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menutup laluan akses keluar masuk alternatif ke taman itu sejak dua bulan lalu.

Wakil penduduk, Chong Ju Phong, 77, berkata, penutupan laluan itu oleh kontraktor yang dilantik menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan jalan lebih jauh untuk keluar ke pekan Parit Buntar kerana akses jalan utama sesak digunakan lebih 500 penduduk di situ.

Menurutnya, laluan alternatif itu juga menjadi laluan utama penduduk pada Jumaat kerana kesesakan trafik berlaku akibat adanya pasar malam di Pekan Lama, di sini.

Read more...
 
5000 hadir jamuan kesyukuran PAS Bukit Gantang

BUKIT GANTANG, 19 Mei : YB Ustaz  Idris Ahmad, YB DS Nizar ,YB Chua Yee Ling dan YDP Ustaz Nordin Jaafar meraikan petugas dan pengundi.

PAS Kawasan Bukit Gantang   menyedia 3 ekor lembu,seekor kerbau dan 200 ekor ayam untuk majlis kesyukuran rakyat kemenangan rakyat di Bukit Gantang.

Dianggarkan 5000 orang hadir meraikan kemenangan rakyat di sini.Jamuan berlangsung di Tapak Fun Fair,Simpang,Taiping.

Turut hadir,PJ Pas Perak, Ustaz Abu  Bakar Husein,TPJ Hj Razman Zakaria dan Setiausaha Perhubungan, Dr Muhaimin Sulam.

Read more...
 
Tidak timbul isu PR boikot

KUALA KANGSAR, 19 Mei : Timbul tanya tanya  adakah PR memboikot  Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Menyimpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Istana Iskandariah, semalam apabila ramai pemimpin utama mereka tidak hadir.

Pada majlis itu, hanya sebahagian kecil Adun PR sahaja yang hadir sementara pemimpin besar PR termasuk Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan Adun Kepayang, Nga Kor Ming.

Adun Titi Serong, Abu Bakar Hussain ketika mengulas perkara itu berkata, ketidakhadiran pemimpin besar PR pada majlis angkat sumpah itu bukan disengajakan memandangkan masing-masing ada komitmen yang tidak dapat dielakkan.

Beliau berkata, tidak timbul soal boikot memboikot daripada pihak wakil rakyat PR memandangkan ada wakil yang hadir.
Read more...
 
Bekas calon DUN Selinsing meninggal dunia di Hospital Taiping

TAIPING, 18 Mei : Berita yang baru diterima mengesahkan bahawa Sdr. Sharudin B. Ahmad Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bagan Serai Perak yang juga Timbalan Presiden Majlis Belia Negara (MBN) telah meninggal dunia di Hospital Taiping sekitar jam 8.40 malam sebentar tadi.

Allahyarham Sdr Sharudin Ahmad, juga calon BN DUN Selinsing dalam PRU13 yang lalu.  


Sharudin yang bertanding di Dun Selinsing pada PRU13 buat kali pertama tewas di tangan penyandang kerusi itu, Husin Din dengan majoriti 809 undi.
Read more...
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Next > End >>

Results 1 - 38 of 3019
Google

RSS Laman PAS Parit Buntar
RSS Berita Tempatan
RSS Berita Negeri
RSS Berita Semua 
(utk bloggers, boleh copy paste mana-mana link di atas ke dalam Bloglist)



Untuk menyumbang dana
--- sila salurkan melalui ---

Akaun PAS Kawasan Pt Buntar
 Bank Islam M'sia Berhad 
atas nama
PAS Kawasan Parit Buntar
(08022010016590)

--- atau melalui ---

Tabung Dana Perihatin
Bank Muamalat M'sia Berhad

atas nama
Jkuasa Dana JPR Pt Buntar
(0801-0000839-71-1)

--- atau melalui ---

Tabung Pembangunan Markaz
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Pembangunan Markas PAS Pt Buntar
(08022010022622)

--- atau melalui ---

Tabung Lajnah Kebajikan
Bank Islam M'sia Berhad

atas nama
Dana Kebajikan Parit Buntar
(
08022010048488)


Stats Counter



Laman Web Rasmi PAS Parit Buntar diterbitkan oleh Lajnah IT, PAS Kawasan Parit Buntar
Semua tulisan di dalam laman ini tidak semestinya melambangkan pandangan Parti kecuali jika dikatakan demikian
© 2013 PAS Parit Buntar
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.